Wednesday, 11 June 2014

Review : Jangan Jatuh Cinta - [ADAH HAMIDAH]




Assalamualaikum dear princesses and queens :)

Alhamdulillah dapat tulis sekali lagi. Kali in untuk buat review novel one of my favourite writer, Akak Adah Hamidah yang bertajuk Jangan Jatuh Cinta.


MACAM MANA BOLEH TERBELI?

Beli novel ni waktu pesta buku, dengan mak cik saudara. Waktu itu tak terniat pun nak beli novel ni. Tapi dah ternampak grab terus. Mungkin berbaloi untuk dibaca.


FAKTOR MEMBELI?

Faktor saya beli novel ini sebab novel Jauh Dari Cinta yang sangat saya suka. Saya baca berkali-kali sebab saya sangat sangat jatuh cinta pada watak Nysa. Boleh cek review saya ; Jauh Dari Cinta kat dalam blog :) So kalau novel Jauh Dari Cinta best, novel seterusnya mesti best jugak kan?


STORY 9/10

Original. Siapa yang terbiasa baca review novel saya, memang saya selalu bagi kredit tinggi pada originaliti jalan cerita. Again, Akak Adah Hamidah tidak mengecewakan saya. Saya ulang, tidak mengecewakan. Malah novel barunya kali ini buat saya terkejut kerana tidak menyangkan jalan ceritanya begini.

Actually saya ada satu problem bila melibatkan tajuk novel. Saya rasa pesimis bila tajuk novel terlampau bunga-bunga. Entahlah. Mungkin takut kalau tajuk sahaja gah tapi jalan cerita mengarut ataupun terlampau banyak emosi tapi tak ada isi.

Saya tak nak novel yang buat saya terawang-awang sahaja, tapi mesti ada something yang menyentakkan saya. Lagi kuat sentakannya, lagi bagus. Buat saya berfikir, buat saya memandang cermin hidup, buat saya muhasabah diri.

Bila saya baca tajuk Jangan Jatuh Cinta, banyak kemungkinan yang berlegar-legar di fikiran saya. Kenapa tajuk Jangan Jatuh Cinta? Heroin dia putus cintakah? Heroin dia benci lelaki kah? Atau apa? Apa kaitan tajuk Jangan Jatuh Cinta dengan jalan cerita?

Bila saya baca sinopsis novel, saya dihantui masalah lama saya. Takut klise. Takut sama sahaja novel ini dengan yang lain. Takut tidak berbaloi. [Nak baca novel pun takut? Tak boleh bla.. hahahahaha]

Tapi bila saya selak helaian demi helaian, ketakutan saya hilang malah berganti dengan keterujaaan.

Saya excited. Saya suka. Perasaan saya pada novel Akak Adah Hamidah tidak berbeza. Agak-agak kenapa saya berkata begitu?

Novel ini berpusatkan karakter Ana Syahidah, heroin dalam novel ini. Oh ya, saya memang suka mana-mana novel yang memberi penekanan pada karakter novel. Rasa dekat dengan pembaca berbanding jalan cerita yang tidak realistik dan penuh ilusi.

Oh ya, jalan cerita juga buat kita tertanya-tanya dan nak habiskan novel dengan cepat.

Jalan cerita memberi penekanan pada hubungan Ana Syahidah dengan Encik Afdhal, Abang Naim, Abang Joe dan Akak Dahlia. Karakter tak banyak namun hubungan antara karakter memang erat.

Satu perkataan sahaja yang saya mahu sebut. BACA. Tidak klise. Genre berat namun mudah dihadam. Kalau tengok tajuk cerita, memang tak sangka ceritanya begini. Pesan saya, beli dan baca. Tak menyesal.


CHARACTERS 7/10

Again, saya jatuh cinta pada karakter heroinnya. Saya suka Ana Syahidah seperti saya suka Nysa dalam novel Jauh Dari Cinta. Saya suka personalitinya. Mengingatkannya pada diri saya sendiri. Ada sedikit persamaan di situ. Terasa baca pasal diri sendiri pulak tapi saya tak pernah jumpa lelaki macam Encik Afdhal lah, hehehehehehe.

Saya suka dialog antara Ana Syahidah dengan Encik Afdhal ;

"Tapi ingat, tak ada orang boleh tolong kau!" Sekali lagi Encik Afdhal mengingatkan tentang hal itu. Mungkin mahu memutuskan semangat juang aku.

"Tak apa, Allah sentiasa ada untuk bantu saya!" Giliran aku melemparkan senyuman buat Encik Afdhal. Dan senyuman aku mematikan senyuman Encik Afdhal yang tadinya megah menunjuk diri.


Dialog ini berlaku disebabkan Ana Syahidah nak buat ruang solat dalam pejabat tapi ditentang oleh Encik Afdhal. Sebab Ana berkeras nak buat ruang solat, Encik Afdhal melarang sesiapa tolong Ana angkat kotak yang berat-berat. Tapi apa jawapan Ana? "Tak apa, Allah sentiasa ada untuk bantu saya!" Seriously I love this quote! Saya suka personaliti Ana Syahidah. Seperti personaliti Nysa dalam Jauh Dari Cinta, heroin novel ini banyak memberi contoh yang baik.

Saya juga suka berkenaan terjemahan Surah Al Fatihah yang berkesan untuk menjatuhkan diri. Boleh juga untuk dijadikan merawat diri. Melahirkan rasa insaf.

Watak Ana juga tidak seemosinal seperti sesetengah watak novel yang lain, which I love. Ada kekurangan pada Ana, tapi dilengkapkan oleh sang hero. Macam itu juga kita, sebagai manusia kan?

Ana juga digambarkan sebagai menghormati orang tua dan tidak suka menyusahkan orang walaupun dia tidak setuju dengan keputusan itu. Ada persamaan dengan watak Nysa dalam Jauh Dari Cinta.

Saya suka watak Encik Afdhal dan saya juga suka watak Abang Naim. Tapi between two heroes, mestilah saya pilih Encik Afdhal. Reason? Uniqueness. 

Sebab apa Encik Afdhal unik? Hehehehehe.. BELI dan BACA.

Saya suka peranan Abang Naim dalam hidup Ana. Cinta pertama Ana, cinta hati Ana. Saya juga suka peranan Encik Afdhal sebagai kenalan dan bos di syarikat tempat Ana praktikal.

Dan lagi satu, tiada watak CEO yang kaya raya serta kacak menggoda dalam novel ini. Semua sama. Tidak description hero hidung mancung, kulit putih dan tegap sasa ataupun heroin tubuh langsing putih melepak [bunyi cam jeles je? hahahaha]

Tiada. Which I love. 


WEAKNESS : 

Saya tak tahu pendapat orang lain. Kalau sesiapa yang menilai novel berdasarkan originaliti jalan cerita serta sukakan novel yang tidak klise, novel ini mungkin tiada kelemahan untuk anda.

Kalau anda sukakan novel yang penuh ayat-ayat cinta, penderitaan heroin akibat didera ataupun hero romantik tak ingat dunia, novel ini mungkin bukan pilihan anda.

Novel ini tiada hero romeo atau percintaan laila majnun, tetapi perhubungan heroin dengan watak-watak sampingan serta hero-hero dalam novel yang membuatkan kita tersenyum. Ada sesetengah babak tidak ada ayat romantik pun, tapi buatkan kita tersenyum dan ketawa. Hehehehehehe.. 

Don't have much romantic but a bit sweetness.. kehkehkehkeh 


CONCLUSION:

I love it. Nampaknya saya jatuh cinta pada penulisan Akak Adah Hamidah. Saya kurang berminat sikit dengan tulisan yang menggunakan kata 'Aku' sebab saya tak dapat tahu perasaan watak-watak lain. Tapi untuk tulisan Akak Adah Hamidah, dikecualikan. Hehehehehe :)




post signature

Wednesday, 23 April 2014

Review : Kerana Mahalnya Syurga - [IMI HAFIMI]


Assalamualaikum dear princesses, queens and gentlemen~

Setelah sekian lama menghabiskan novel ini, akhirnya dapat review juga. 

Sebenarnya saya tak pernah terfikir nak beli novel ni. Pertama kali tengok novel ni ibu saudara saya, a.k.a CEO library novel-novel cinta yang terbesar di Asia Tenggara, sedang membaca novel ini di atas katilnya.


EDD MUSTAFA : Novel baru ke, mak tam?

IBU SAUDARA : A'ah, best kak~

EDD MUSTAFA : Best? [yelah, sebab mak tam tak pernah cakap novel tak best..]

IBU SAUDARA : A'ah. Cerita dia pasal suami seksa isteri dia.. tapi isteri dia sabar je.. bla..bla..bla [panjang sangat penerangannya, tak ingat..]



Begitulah dialog saya dengan ibu saudara saya.

Then, satu hari saya ternampak novel ni kat kedai buku, so how about give it a try? 

Design cantik. Tajuk menarik. Mungkin terbaik, siapa tahu?


STORY 5/10 or 4/10:

I don't know what to say. But, it was dull. Something yang hilang kat sini. Penulis ada rangka cerita yang menarik, idea yang bagus.. cuma ada yang tak kena. Sepanjang saya baca itu, ada yang tak kena.. Saya cari sebab kenapa perasaan saya jadi macam ni, berbeza dengan perasaan saya bila baca novel-novel yang lain [yes, ada juga novel yang tak berapa bagus, saya tak nafikan]

Saya terkenang balik perbualan saya dengan ibu saudara saya.. Yes, it was good but something lacking here. Bila terfikir balik, ibu saudara saya suka anything related to romanticism. Tak kira la novel tu macam mana. 

Tapi saya tak.

Saya mencari sesuatu di sini. Bukan sekadar romantis. Bukan sekadar emosi. Babak emosi dan romantis itu tidak dapat menutup rasa kekurangan yang saya rasakan dalam hati.

Novel ini agak meleret. Saya puji akan beberapa info agama, ketabahan dan kekuatan karakter heroinnya. Yang ini saya cukup puji. Saya suka. Tapi masih meleret.

Dalam novel ini seolah-olah hanya Umi Zafwa dan Alex. Hanya mereka berdua sahaja. Memang ada watak lain but terasa mereka ini watak sekadar lalu. Tak cukup kuat. Tak memberi kesan. Muncul seketika, dan hilang kembali. Penulis ada menyatakan Umi Zafwa seorang guru mengaji, tapi tiada perincian di situ. Hanya guru mengaji. Alex? Hanya lelaki yang ada masalah mental akibat kehilangan keluarganya. That's it.

Ada mak tiri, ada ayah yang sakit dari awal cerita sampai habis. Ada abang Alex. Ada kawan Umi Zafwa, Jason. Ada beberapa orang penjahat. Ada Raisya, ada Tom, ada Pika. Dan.. ermm sapa lagi yang saya tertinggal di sini? 

That's it  =_='


CHARACTERS 3/10:

Tak beri impak. Tak beri kesan. Malah saya tak ingat pun siapa-siapa di sini. Sampaikan saya kena baca balik kat depan, sebab saya tak ingat watak tu dah muncul sebelum ni.

I just, don't like it. Sorry.


WEAKNESS:

Terlalu meleret. Unrealistic. Too much conflict. Too heavy. Too much tears. Too much suffering. 

Bukan niat saya untuk menghentam. Tapi mesti pandai imbangkan plot. Satu kelebihan novel ni adalah ; rangka cerita yang menarik. Cuma cara penyampaian.. =_=' 

Saya tak nak komen cara penulisan, sebab biasanya saya tak berapa peduli. Tapi saya peduli akan karakter-karakter novel, perjalanan cerita. Saya tekankan bahagian itu. Sebab saya membaca bukan sekadar membaca.

Contohnya watak Jason. Dia ada awal cerita, lepas itu tak ada. Lepas tu tiba-tiba muncul di akhir cerita. Tak tau mana datang, tiba-tiba ada. Mana dia pergi sebelum ni? Dan lagi satu, siapa sebenarnya Jason? Satu personal data pun saya tak tahu pasal dia. Cuma kawan Umi Zafwa  =_='

Saya sebenarnya tak ada masalah dengan cerita berkonflik. Jalan cerita berat. Saya pun dah biasa tonton drama bergenre berat, Criminal Minds [psycho killer], Bones, The Mentalist.. tapi novel ni, too much. Sampai saya rasa nak pecah kepala saya. Dari awal hingga akhir hanya penderitaan, miscommunication. Cerita berbaloi untuk novel yang nipis, tapi setelah dileretkan jalan cerita, menjadi tebal.


CONCLUSION:

Saya masih mengharapkan novel kedua penulis lebih baik daripada ini. Novel Kerana Mahalnya Syurga bukan semuanya buruk.. Kesan emosi dan idea cerita memang bagus. Saya dapat rasa penderitaan Umi Zafwa. Saya dapat nampak bakat penulis di situ. Cuma terlalu unrealistic, confusing dan meleret. 





post signature

Tuesday, 25 February 2014

Review : Menantu Datin Izzah - [ALINA HAIZAR]





Assalamualaikum dear princesses & queens~

Rasanya dah lama saya tak review novel  *mood formal*

Setelah sekian lama, akhirnya dapat menghabiskan novel ini~ Novel yang saya kira temanya agak unik :) Novel ini juga, macam biasa direkemenkan oleh ibu saudara saya a.k.a CEO library novel-novel cinta terbesar di Asia Tenggara, yang berpusatkan di Masjid Tanah, Melaka.

Novel ini mempunyai sesuatu yang saya cari-cari dalam setiap novel, KEUNIKAN dan KARAKTER. Keunikan ni tak kiralah jalan cerita ke, nama orang ke, latar tempat ke, asalkan unik. Dan saya teramat amat amatlah suka kalau penulis memberi perhatian kepada perincian karakter-karakter novel. Especially the heroin character [memandangkan saya ni perempuan]. 


STORY 7/10:

ORIGINAL. Itu yang saya rasakan, mungkin ada penulis lain yang buat cerita ni tapi itulah yang saya rasakan. Penulis pandai mengadun cerita dengan baik dan saya sangat-sangat suka tema reverse harem yang digunakan. 1 perempuan, 4 orang lelaki [heyy kalau aku pun nak! ;) ] hehehehehe~ Kisah Datin Izzah yang inginkan si heroin menjadi isteri kepada mana-mana anak lelakinya.. hehehe [kalaulah aku jadi heroin tu~]


CHARACTERS 7/10 :

Saya suka karakter Ain Safiah, hot headed but natural. Dia panas baran, dia singa betina but at the same time dia boleh jadi one of the sweetest girl in the world~ Kasih sayang, perhatian yang dicurahkan untuk orang-orang tua dan juga Abang Aiman memang tak boleh dinafikan..

Typical Malay Heroin?

No! No! [sambil tangan kanan kira tergawang-gawang di udara] Ain Safiah jenis natural, dia tak plastik dan dia bukan yang tercantik. Pesonanya terletak pada sifat naturalnya, lelaki, perempuan mahupun orang tua semuanya suka dengan sifatnya yang natural dan menyenangkan [dia sangat selamba badak]. Karakter Ain Safia boleh beri contoh yang baik pada gadis-gadis di luar sana. Kalau mana-mana readers yang sukakan perkembangan karakter macam saya, mungkin readers boleh cuba baca novel Menantu Datin Izzah. :)


WEAKNESS:

Cerita ini bagus tapi saya nak komen tentang satu perkara. Walaupun Ain Safiah seorang natural, tak plastik dan selamba~ Penulis tidak sepatutnya menggunakan babak heroin dan hero berpegangan tangan, menggosok tangan ataupun berpelukan sebelum berkahwin kerana bukan mahram [walaupun perasaan bercinta membuak-buak di jiwa]. Bahagian ini tak boleh dijadikan contoh ya adik-adik, kakak-kakak~ Tidak perlu terlalu islamik, tapi cukup mempamerkan sedikit nilai-nilai keIslaman memandangkan Ain Safiah seorang yang bertudung dan beragama Islam~ Take note ya penulis :)


CONCLUSION:

Teman dia menarik. Semua karakternya menarik. Even ada empat orang lelaki dalam novel ni, tapi kesemuanya berlainan personaliti yang membuatkan cerita ini nampak lebih menarik. Novel ini novel Kak Alina Haizar yang first saya baca~ Mungkin lepas ni saya boleh jadikan Kak Alina Haizar one of my favourite novelist? Amacam Kak Alina? Hehehehehe~ 


P/s : REVERSE HAREM tu istilah anime jepun. Bermaksud, 1 watak perempuan.. banyak watak heronya :)



SINOPSIS :

Ain Safiah sepatutnya menemani anak lelaki dan emak Datin Izzah selama sehari dua semasa pemergian Datin Izzah ke Melbourne sementara menunggu pembantu rumah baru tiba. Tetapi semua orang menyangka Ain Safiah ‘Neng’,pembantu rumah baru. Walaupun tidak biasa dengan kerja-kerja mengemas, memasak, menjaga orang sakit dan orang tua, kerana kasih sayangnya, Ain Safiah tetap tinggal dirumah Datin Izzah.Di situ Ain Safiah mengenali keempat-empat anaklelaki Datin Izzah. Amar Haziq, Aiman Sabri, Aqeem Amiruddin dan Aqram Faiz. Ada yang dapat terima dan menyayanginya dan ada yang kerek, suka menyusahkan hidupnya. Dalam pada itu Ain Safiah jatuh hati dengan salah seorang anak lelaki Datin Izzah. Tetapi, tidak berbalas, hingga Akhirnya dia pergi membawa diri.Datin Izzah begitu terharu dengan keikhlasan Ain Safiah menjaga Aiman Sabri dan nenek hinggakan dia nekad untuk jadikan Ain Safiah sebagai menantunya. Tetapi,bagaimana mahu mencari Ain Safiah?
“Adakah sudah terlambat untuk kau tahu yang aku sebenarnya mencintaimu?”


post signature

Tuesday, 16 July 2013

Special Review : My Precious Iris - [MELUR JELITA]







Assalamualaikum my dear princesses, queens and gentleman~

Fuhh.. dah lama tak update blog, rasa rindu ini sangat membuak-buak sehingga melimpah ruah [ayat hiperbola].

Setelah berzaman lamanya, akhirnya saya dapat megupdate blog saya dengan mereview novel penulis kesayangan saya dulu, kini dan selamanya.. Akak MELUR JELITA! [mood excited]
Seperti yang readers semua tahu, Akak Melur Jelita telah menulis 3 buah novel, AWAK SUKA SAYA TAK? , I LOVE YOU STUPID! Dan MY PRECIOUS IRIS. Sepanjang pengalaman saya membaca ketiga-tiga novel Akak Melur Jelita, setiap novel mempunyai value dan kenangan yang tersendiri. Akak Melur Jelita makin mengimprovekan novel-novelnya. Buktinya? Saya hampir menghidap penyakit kencing manis kerana ayat-ayat cinta Akak Melur Jelita yang terlebih gula dan susu pekat manis.

Ok let’s start [terover pulak buat mukaddimah]

Kalau novel I LOVE YOU STUPID! mengajar kita erti kemanusiaan dan kesyukuran dalam setiap yang telah Allah beri, novel MY PRECIOUS IRIS mengajar pembaca akan erti kasih sayang yang tidak bertepi [ecehh ayat sastera tak hengatttt~]. Sesuai dengan tajuknya, novel MY PRECIOUS IRIS bercerita tentang watak Iris Nur  yang sentiasa menjadi kesayangan dan ‘kepreciousan’ Firman Ibrahim. Saya berani kerat kuku yang novel MY PRECIOUS IRIS ni bakal membuatkan readers tenggelam dalam lautan gula dan susu pekat manis kerana terlalu sweet. Dinasihatkan pembaca yang menghidap kencing manis dilarang membaca novel ini.


STORY  9/10 :

ORIGINAL. Saya sangat sangat sukakan idea novel ni. Cerita ini berjaya mengadunkan kesemua emosi suka, duka, gembira dan tawa. Semuanya cukup rasa. Memang cerita first class. Saya terjatuh cinta berkali-kali dengan watak Firman dan watak Dr Aidan. Jatuh berkali-kali sampai tak larat nak bangun. Kisah Iris dengan dugaannya, Firman dengan kasih sayangnya dan Aidan dengan pengorbanannya. Semuanya buat saya terharu sampai saya rasa takut nak baca perkataan TAMAT kat belakang. Saya tak nak novel ni tamat! [habis tu, tulis novel tak henti-henti sampai bila? Ngarut ler kau ni]


CHARACTERS  9/10 :

Saya suka cara Akak Melur Jelita mewujudkan karakter-karakter dalam I LOVE YOU STUPID dan MY PRECIOUS IRIS. Iris dengan personaliti perasan seksi dan divanya, Firman dengan keteguhan prinsipnya dan Aidan dengan pengorbanan dan perasaan cintanya yang tinggi. Sangat sangat jelas dan saya jatuh cinta dengan karakter-karakter dalam novel ini.


WEAKNESS:

Tak ada. Enough said. [ayat yakin tak hengattt]


CONCLUSION:

Kalau nak beli novel MY PRECIOUS IRIS, kena baca novel I LOVE YOU STUPID tu dulu. Kalau tak, tak faham dan tak dapat grap situasi sebenar dan kurang umpphhnya. Jangan risau, ketebalan novel I LOVE YOU STUPID yang hampir menyamai kamus dewan itu tak akan membuatkan readers semua rasa takut untuk menghabiskan bacaan novel itu. Sekali dah baca, kita langsung tak akan terasa ketebalan novel itu. Silap-silap kita yang mintak Akak Melur Jelita tebalkan lagi, hehehehehehe….

P/S : Pesan saya satu sahaja, BACALAH kesemua novel Akak Melur Jelita, memang first class.. memang membangunkan jiwa.


SINOPSIS :

Kisah kehidupan yang penuh warna. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang. Manusia adalah apa yang mahu dipercayai dan apa yang dipercayainya. Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris?
“Kaya raya sampai langit ketujuh sekali pun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua orang jutawan nombor satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boy-friend awak tu! Sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati!”- FIRMAN

“I ada tiga cadangan nama baby. Cullan-Gaelic meaning spirit of God and handsome, Gavin-Welsh, a fierce and strong warrior. They’re unique and yet go perfectly with the Irish last name. Tapi yang paling memukau nama Aidan dan Iris itu sendiri. Apa saja mengenai Iris sentiasa mengingatkan I ketika di Dublin, Ireland.”- AIDAN
“You tak ada apa-apa perasaan kat I sebab you dah ada orang lain. Macam I tak kenal dengan rupa perempuan macam you. Tak pernah puas dengan seorang lelaki…”- HARIS
Aku diberi gelaran my precious... Sejak awal pertemuan kami... Dia cuba menyedarkan aku dengan cara halus... Aku sangat berharga sebagai seorang gadis maka aku harus menjaga penghargaan itu.- IRIS 







post signature

Friday, 31 May 2013

Review : Kontrak Janji Setia Antara Kita [ AII FARIZA]



Assalamualaikum princesses & queens~

Sekarang novel yang ingin saya review adalah novel sulung Cik Aii Fariza, Kontrak Janji Setia Antara Kita! *clap *clap *clap [panjang benor tajuk, nasib baik muat letak kat depan novel, hehehe]
Novel ini dibeli kerana saya tertarik dengan tajuk novel itu sendiri. Kontrak Janji Setia Antara Kita [walaupun sedikit panjang]. Entah mengapa, rasa macam novel ini lain daripada yang lain [sebab saya seorang yang mementingkan sedikit originaliti]. Bukan kontrak kahwin yang lepas itu bercerai, tapi kontrak untuk terus berjanji setia antara Rafiq dan Sakinah.


STORY: 6/10
Saya puji akan kesungguhan penulis dalam menulis novelnya untuk kali pertama. Idea yang menarik. Namun cerita ini tidak mampu memberi impak kepada saya dengan lebih hebat meskipun ideanya menarik. Idea penulis dalam mengetengahkan jalan cerita kontrak yang 'memaksa' Sakinah terus setia dengan perkahwinan akibat fobia Rafiq itu sendiri. Walaupun begitu, [kenapa skema sangat ayat aku nih] saya suka gaya Cik Aii Fariza dalam menceritakan jalan cerita novel itu sendiri. Ayat tersusun dan menarik. Good job Cik Aii Fariza, keep it up dan jangan putus asa.. Kalau awak tulis lagi satu novel, saya mesti beli lagi. :)


CHARACTERS: 8/10
Walaupun jalan ceritanya tak bagi impak yang hebat di dalam hati, tapi saya suka dengan karakter-karakter dalam novel ni. Karakter Rafiq, Sakinah, Rudi dan Marisa. Karakter Rafiq sebagai lelaki yang fobia terhadap perkahwinan memang saya puji. Sebab memang menjadi dan memang buat saya benci + marah + menyampah dengan 'tuan besar' macam dia, muehehe. Karakter Sakinah memang patut dicontohi. Hanya perempuan yang sabar dan setia sahaja mampu berdepan dengan karenah 'tuan besar' macam Rafiq ni. Kalau saya jadi dia, entah apa saya buat dekat Rafiq [eh, apa aku melalut ni]. Saya suka waktu Sakinah dalma 'waktu deritanya' sebab memang betul-betul menjiwai kesakitan yang dia alami. Penulis berjaya menggambarkan dengan baik. Good job :)


WEAKNESS:
Sebenarnya tak ada apa sangat sebab penulis memang pertama kali menulis novelnya yang pertama. Adatlah kalau ada kekurangan sana sini. Tapi semua itu boleh dibaiki, tiada masalah. Penulis mempunyai kelebihan dalam gayanya menggambarkan jalan cerita dan watak. Idea novel itu boleh dibaiki lagi. Next novel, make sure tulis dengan jalan cerita yang lagi bagus. :)


ENJOYMENT: 7/10
Saya enjoy baca novel ni. Lagi enjoy baca part 'penderitaan' Sakinah, hehehe. Sebab part tu memang saya menjiwai sikit. Pada pendapat saya, novel ni cukup bagus untuk penulis novel yang menulis buat pertama kali. Jadi saya rekemenkan kepada semua peminat-peminat novel, dapatkan novel ni di pasaran dan anda tak akan menyesal. Oh ya, walaupun karakter Rafiq tu annoying sikit, tapi karakter tu jugaklah yang buat saya jatuh cinta. Kekurangan dia cuma fobia dengan perkahwinan. :)
Untuk Kak Aii Fariza, teruskan menulis sebab novel akak memang sangat menarik. Saya dah masukkan nama akak dalam list penulis feveret saya [kalau tak, takkanlah buat review kat dalam blog? muehehe].


SINOPSIS:
“Kinah mintak maaf, abang. Kinah tak tahu apa yang abang suka makan,” ucap Sakinah. Jelingan tajam berserta ketapan sepasang bibir nipis itu menunjukkan suaminya sedang menahan marah. Sakinah tunduk. Air liur dikerongkong ditelan pahit. Perasaan gerun dan takut itu hadir semula.

“Kau apa pun tak tahu. Yang kau tahu minta maaf dua puluh empat jam,” kasar Rafiq berbahasa. Akhbar yang baru dibacanya dilipat kasar lalu dicampak ke lantai. Sakinah tergamam. Surat khabar itu jatuh tepat ke kakinya. Tengkingan suaminya bergema lagi hari ini. Sakinah sebak.

“Ma... maafkan... Kinah.” Tersekat-sekat butir bicara Sakinah. Begitulah dia setiap kali berhadapan dengan Rafiq. Tergagap-gagap seperti pesalah walaupun kadangkala kesalahan itu bukan dating daripada pihaknya. Namun, terpaksa juga dia yang tunduk memohon maaf.

“Entah apalah yang umi aku berkenan sangat pada kau? Semuanya serba tak kena. Bertambah menyusahkan aku adalah!” Rafiq menempelak. Dijeling pada Sakinah yang berdiri di sisinya. Gadis itu masih diam terpaku seperti harihari sebelumnya.

“Orang kampung memang macam nikan? Suka berpaut pada orang kaya untuk hidup senang. Pantang nampak yang berduit lekas sangat pasang jerat. Entah ubat guna-guna apalah yang umi terkena sampai paksa aku kahwin dengan kau?” Sengaja Rafiq menambah kata. Kata-kata yang hanya akan menyakiti hati Sakinah.

Mereka terjebak bersama. Amar Rafiq dan Sakinah terperangkap dalam ikatan perkahwinan demi memenuhi kepentingan masing-masing. Kalau bukan kerana Shafiq, mustahil bagi Rafiq menerima wanita dalam hidupnya kembali. Kepedihan semalam banyak mengajarnya agar lebih berwaspada. Kecurangan si bekas isteri telah merubah Rafiq menjadi seorang yang cengil dan bengis pada wanita yang menjadi isterinya. Demi menjaga kepentingannya dan Shafiq, Rafiq akhirnya mewujudkan sebuah kontrak bagi mengikat.

‘kaki’ Sakinah.

“Ambil ni.”

“Apa ni? ”

“Baca dan kemudian kau perlu tandatangan surat perjanjian itu.”

“Surat perjanjian? Tapi untuk apa?”

“Untuk jaminan masa depan. Bacalah tapi kalau kau tak nak baca pun tak apa. Aku cuma perlukan tandatangan kau.”

Sampai satu ketika tanpa dia menduga, akhirnya kesabaran sang isteri mula menipis yang membuatkan Rafiq tercengang.

“Selama ini, Kinah telan semua kata-kata abang biarpun hati Kinah pedih mendengar setiap maki hamun abang. Kinah cuba memahami situasi abang yang masih dibelenggu dengan kecurangan Suraya.

“Tapi pernah ke abang cuba memahami hati dan perasaan Kinah? Tak pernah, kan? Yang abang tahu, hanyalah melemparkan kata-kata amarah dan tak puas hati abang. Pada abang semua perempuan sama seperti Suraya termasuklah Kinah.

“Selama enam bulan perkahwinan kita, pernah tak Kinah curangi abang? Pernah tak Kinah ambil kesempatan? Kinah sedar Kinah cuma anak kampung yang hidup menumpang. Kinah tak ubah seperti pengasuh Shafiq dan orang gaji dalam rumah ni. Dan Kinah tahu dalam hati abang sekali pun tak pernah sudi menerima Kinah sebagai isteri. Mungkin itulah perkara yang selayaknya berlaku dalam hidup Kinah.”

Saat bunga-bunga cinta mewangi, Rafiq diuji lagi. Kepercayaan yang dibina mulai goyah. Kehadiran Zulfi Hakimi dan Tengku Rizal memburu curiga Rafiq. Sakinah terhimpit. Bersalahkah dia? Atau prasangka seorang suami yang menjadikan kebahagiaan mereka sukar untuk digapai?

Bagaimana pula dengan Maria yang memendam rasa cinta terhadap sang suami? Dan mampukah Sakinah bertahan apabila Suraya kembali menagih cinta Rafiqnya?








post signature

Thursday, 23 May 2013

Special Review : BUKAN KERANA AKU TAK CINTA [E-man Sufi]



Assalamualaikum princesses & queens sekalian~ :)

Yaa~ detik yang ditunggu-tunggu sudah tiba..akhirnya, tercapai jua hasrat untuk mereview kan salah satu novel kesayangan saya ini.. Novel ketiga karya E-man Sufi ini sebenarnya novel pertama yang saya baca..hehehe..sebelum ni selalu jugak tengok novel Hikayat Si Pematah Hati, novel Suami Yang Ku Benci, tapi tak tergerak hati pulak nak beli atau nak membacanya. Jadi macam mana saya boleh terbaca ni? Apa lagi kalau bukan sebab mak saudara saya, Masura Bahar yang tanpa jemu memujuk dan mengiklankan betapa best nya novel ini sampai baca tersengih-sengih..

Reaksi saya? Meh..macam tak berminat je..dengar je la 'edisi pengiklanan' mak cik saya tu..sampai la ada something yang menarik perhatian saya..

"Kak, lelaki itu bekas gengster. Tapi dia dah bertaubat."

"Oh, gengster..heroin dia tak tahu ke?"

"Tak..dia tak tahu..lagipun perempuan tu tak suka lelaki bertatu."

"Bertatu? Lelaki tu ada tatu ke?"

"A'ah"

"Perempuan tu tahu tak?"

"Tak."

"Macam mana boleh tak tahu? Kan dah kahwin? Takkan tak pernah bukak baju depan perempuan tu kot?"

"Hehehe..pakai je la dalam bilik air, lagipun kan boleh tutup lampu..keh keh keh.."

*Ini adalah perbualan antara anak saudara dan ibu saudara. Telah diedit sedikit.


Dengar promosi cerita macam menarik, tergerak hati nak beli..lagipun sebelum ni memang mak tam [ibu saudara] ada promosi cerita pasal novel-novel e-man sufi sebelum ni.. :) So tekadkan dalam hati, nak beli novel ni.. Kebetulan waktu tu tengah duduk kat kampung Melaka..dan kebetulan lagi kami dua beranak ni nak bertolak ke KL sebab nak shopping selendang, shawal dan tudung..etc etc..
Mak tam ada rekemenkan kedai baik yang terbaik kat KL [ayat tak boleh bla]..apa entah namanya, Mineva? Rineva? Gineva? Ginvera? yang pasti kedai kt KL tu ada diskaun 20% untuk novel.. Any orang KL yang tahu mana kedai yang dimaksudkan? keh keh keh.. 

So destinasi pertama yang dituju adalah kedai buku Mineva/Rineva/Gineva/Ginvera tersebut. Memang betul seperti yang diucapkan..novel-novel disini mendapat diskaun 20% tanpa membership card :) Hasilnya? 3 Novel dibolot sekaligus. Novel E-man Sufi Bukan Kerana Aku Tak Cinta dengan Hikayat Si Pematah Hati serta novel Meh, Sandar Pada Aku [ada masa saya akan review kedua-dua novel ini]..

Ok readers..let's start..
First time baca..saya sudah terikat dengan novel ini sebanyak 10%..jeng jeng jeng.. 


STORY 9/10
Saya suka idea cerita ini. Original. Mungkin ada lagi novel-novel lain yang ada watak hero gengster dan sebagainya namun pembaca ada selitkan originaliti dalam cerita ini. Watak lelaki gangster yang bertatu kembali ke pangkal jalan. Cerita ini bukan pasal dia hendak ke pangkal jalan.. tapi cerita ini berkenaan hero yang sudah di pangkal jalan, cuma dia mencari bagaimana caranya untuk dia terus berada di pangkal jalan.. [eh, apa kau merepek ni wahidah?] Tapi seriously readers, you have to buy this novel~ n.o.w,  NOW!


CHARACTERS 8/10
Ada umph! Itu yang saya harus katakan tentang karakter-karakter novel ni. Bukan sahaja watak-watak utama, dengan watak-watak sampingan itu pun saya terikat sekali. Contohnya macam watak Mak Awa dengan Mak Sarimah. Sebelum ni mana ada saya amek kisah pasal watak-watak 'veteran' dalam novel ni? Letak le Mak Bedah ke, Mak Limah ke, Mak Minah ke..saya tak peduli pun. Tapi dalam novel ni, hehehe..saya suka Mak Awa dengan Mak Sarimah.. <3  
Karakter Jebat dalam novel ini digambarkan dengan baik oleh penulis. Saya baca je saya dah dapat bayangkan aura kemachoan yang meluap-luap [ditambah lagi dengan parut di wajah] ..keh keh keh.. Watak Mastura tu pun saya dapat gambarkan watak perempuan yang sedikit manja + gedik + nakal.. memang sesuai berpasangan dengan lelaki hati kering berwatak romantis seperti Jebat.. Tak dilupakan watak Aryan.. [nama macam bangsa yang tinggal kat banjaran himalaya je] memang superb la dalam membuatkan saya menyampah + benci dengan karakter dia.. Sesiapa yang baca novel ni, setuju tak? :)


WEAKNESS:
Satu je yang nak saya komen. Saya tak suka Jebat asyik 'beraku' je sampai habis novel.. Cik E-man Sufi, sila tukar.. [eei, asyik nak ikut cakap kau je..suka hati la cik E-man Sufi kita ni nak tulis cerita..]  Cik E-man Sufi, panggilan 'aku' pada Mastura kedengaran kasar di telinga.. mati mood romantik tau~ hehehe. Tapi tak apalah, mungkin nak tampilkan sedikit kelainan.. asyik baby, sayang, darling, honey, dah boring penuli-penulis novel kita eh?


ENJOYMENT 9/10 :
Cukup puas hati.. [except panggilan aku tu].. Read it and you will agree with me.. Watak Jebat memang memberi impak kepada saya... :) Nak rasa apa yang saya maksudkan? Hah! belilah novel yang saya sedang promosikan review ini.. sekian~

Untuk Kak E-man Sufi, thanks untuk novelnya~ Teruskan menulis karya-karya yang menarik sebab saya sudah masukkan nama akak dalam list penulis-penulis feveret di dalam hati saya..~ [syahdu tak ayat? hehehe]


SINOPSIS:

“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”
“Mastura!!!!!!!” 

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.
“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”
Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah  bekas ketua kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.


post signature

Saturday, 4 May 2013

Review 3 : Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik [FARISHA IMANI]




Assalamualaikum Princesses & Queens sekalian :) ~

Sekarang saya nak buat review pasal novel comel ni pulak? Ehehehe.. kenapa comel? Sebab jalan ceritanya.. First time tengok novel ni, saya akui memang tertarik dengan tajuknya yang "bodoh-bodo alang" gitu.

Ok, let's review

STORY 9/10

Original. Pasal lelaki autistik. Okey dah. Itu je. Hehehehe, nak tau belilah sendiri. Tapi cerita ni memang pasal kisah cinta antara gadis happy go lucky dengan lelaki autistik pun.

CHARACTERS 8/10

Secara jujurnya saya suka watak heronya. Bukan bias ok.. tapi memang saya suka dengan wataknya yang autistik. Comel gila~ hahahaha.. Karakter Boboy aka Syed Azwan dengan Nura Alia bagaikan kakak dengan adik..

ENJOYMENT 8/10

Enjoy. Enough said. Saya paling suka part honeymoon tu.. Part lelaki tu tipu perempuan tu hidup-hidup.. Eh, kata autistik? Kenapa boleh tibu orang normal hidup-hidup? Hahahaha.. nak tau kena lah beli novel ni..

WEAKNESS 

More romantic scene please~ Ehehehe..datang mood gatal pulaks.. Tapi kalau tambah gula dan susu pekat manis dalam cerita ni, mesti lagi menarik kan? Oh ya, saya tak suka part heroin selalu buli hero dalam novel ni.. Buat rosak mood pemilik blog sahaja.. [tapi Boboy tetap di hati.. kih kih kih]


SINOPSIS:


NURA ALIA seorang gadis periang yang telah jatuh cinta dengan Syed Azmi, seorang anak Datuk yang kaya dan handsome! Walaupun dia tahu Syed Azmi seorang womaniser, Nura Alia yakin bahawa lelaki itu pasti akan meninggalkan gelaran itu demi cinta mereka bersama.
Akhirnya, dari cinta ia berubah benci! Syed Azmi juga hampir-hampir meragut kesucian Nura Alia. Nura Alia menyimpan dendam kesumat pada lelaki itu.
“Aku bencikan kau, Syed Azmi! Kau memang lelaki tak guna!” -NURA ALIA
Demi menjalankan rancangan membalas dendamnya, Nura Alia akhirnya nekad untuk menjadi babysitter kepada  abang Syed Azmi yang autistik, Syed Azwan a.k.a Boboy, budak tak cukup seringgit yang sengal! Dalam terpaksa dia rela melayan setiap kerenah Boboy.
“Boboy! Boboy memang suka menyusahkan akak, kan?! Eee… geramnya aku!” -NURA ALIA
Selama tujuh tahun, BOBOY hidup di dalam dunianya sendiri. Dunia kanak-kanak autistik yang sengaja diciptakannya demi menyembunyikan sejarah silam. Sejarah silam yang membuatkan dia menyimpan rasa bersalah sehingga ke hari ini.
Namun, semuanya itu berubah apabila Nura Alia hadir dalam dunianya. Hati Boboy berdegup lagi. Dalam diam, dia menyayangi si babysitternya itu.
 “Kita minta maaf sebab selalu menyusahkan kakak. Kita sayangkan kakak!” BOBOY
Tapi, tiada siapa yang dapat menghalang suratan takdir. Nura Alia dan Boboy akhirnya bersatu dalam sebuah ikatan. Pada saat cinta semakin bersemi, muncul pelbagai halangan yang menggugat rasa cinta yang baru hadir itu. Masing-masing masih menyimpan banyak rahsia. Rahsia yang mampu mengundang rasa kecewa dan duka dalam hati mereka berdua.
Rahsia siapakah yang bakal terbongkar dahulu? Apakah nasib ‘cinta’ yang baru bersemi dalam hati mereka itu? Adakah dari cinta sekali lagi ia akan berubah menjadi benci?
 “Maafkan abang, sayang. Selama ni abang dah tipu Lia. Abang sebenarnya bukan Boboy yang autistik. Abang masih Syed Azwan yang normal. Abang…” -SYED AZWAN



post signature